:: Exchange Link ::

Monday, December 20, 2010

Reception Day

Dua minggu lepas aku da graduate sebagai seorang bujang. So, skang da tak bole pakai title I'm Not Single da. Skang da berpunya. Syukur Alhamdulillah dengan berkat-Nya aku selamat di ijab qabul kan dengan Nadia (bukan nama sebenar)...hehehe..yang telah dilangsungkan pada 5 Disember 2010 di Wisma Sejarah dan majlis bertandang nya pula iaitu sudah semestinya di teratak aku pada 12 Disember 2010 di Perak. 
Memang bz gile la. Ye la nak buat majlis seumur hidup sekali je mesti kena buat besar-besaran. Nak sentuh laptop memang tak dapat la ni kan lagi nak update blog. Ni ada la skit picture-picture yang di ambil masa majlis tersebut. Photographer, Shah, memang terulung dari kalangan fotografi-fotografi yang lain dan Videographer pulak dari Jabbe Production. Dorang ni memang best and spotlight la..hehe..senang kerja dengan dorang ni. Bole la tengok gamba-gamba yang diambil fotografi dan dicampurkan skit dengan gamba yang diambil oleh sedara mara.


Gamba diambil majlis sebelah pengantin perempuan


Gamba outdoor yang diambil oleh photographer


Gamba yang diambil oleh Jabbe Production

Tu la serba sedikit gamba-gamba yang dapat dipamerkan. De banyak lagi tapi takkan nak upload suma kan??upload mana yang lawa je..

Hopefully, hubungan kami direstui dan kekal hingga akhir hayat. Sesiapa yang singgah blog ni doa-doa kan semoga hubungan kami berdua diberkati Allah s.w.t. Dan sedekah Al-Fatihah kepada ayahanda saya, Hj Mohamad Zainal Harun yang kembali ke rahmatullah pada 28 Jun 2010. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Walaupun beliau tak sempat melihat majlis anakanda nya ni, tapi restu dan doa nya mengiringi majlis kami ni.

Al-Fatihah


Haji Mohamad Zainal bin Harun
1960 - 2010

Related Posts with Thumbnails