1. Memperkecilkan suami dihadapan orang lain (secara sedar atau tidak) Walaupun benda tu benar. Contohnya “Ina you tahu tak, suami I tu, tak reti nak seterika baju pon".
2. Menggangu suami dengan menelefon dia selalu, sampai 10 minit call sekali. Kena faham, lelaki ni bila dia bekerja , membaca atau buat benda yang dia suka. Dia tak suka diganggu . Dia cepat menelenting nanti.
3. Mengalihkan barang yang suami letak, ke suatu tempat yang lain. Contohnya, suami meletak Pisau cukur di bilik air. Si isteri pulak mengalihkan pisau tu, pastu taruk kat dalam almari cermin.
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah, sampai muka surat depan duduk kat belakang sekali, pastu yang paling pantang, koyak surat khabar hari ni, buat bungkus nasi lemak kew.
5. Si isteri menyuruh si suami membeli itu dan ini dalam perjalan balik dari opis. “Abaang, tolong belikan garam dengan gula, semalam masa kita gi pasar saya terlupa la” Kena faham kawan2, time balik keje ni, semua orang nak cepat sampai rumah je. Tak kira laki atau perempuan, so kita yang lepak kat umah ni, kena faham2 la
6. Tidak memberi arahan/maklumat yang jelas kepada suami , bila suruh suami beli barang. Pastu marah kat dia , bila dia tersilap beli. Contoh, “Abang tolong beli susu bang” pastu bila suami dah gi beli. “Kenapa abang beli susu cap kapak, beli la susu cakap Pisau, bengap betol “.
7. Membuat temujanji ngan orang lain (Melibatkan suami) Tanpa meminta persetujuan suami. “Abang , malam ni kita gi dinner kat Datin Asiah” walhal suami lak ada keje lain ataupun letih. Bercakap dengan kawan2 dalam telefon time dah nak tidur, suami time tu baru nak bermanja ngan ister, nak berehat. Dia lak dok pok pek pok pek ngan kawan2.
9. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang keruma tanpa izin suami.
10. Berpakaian kusut masai dekat umah, tak melaram bila dengan suami. Tapi bila nak kuar rumah, nak gi keje kew, Melaram sampai nak ganti Super Model. (Dengan saper kita nak tunjuk kecantikan kita ni ? Dengan suami, or orang luar ?)
11. Mengambil masa yang lama untuk bersiap time nak keluar. Saya faham, kaum wanita mungkin perlukan lebih masa dari lelaki untuk bersiap. Tetapi, kalau dah tahu , kita ni jenis yang lambat bersiap. Pergi la bersiap lebih awal dari suami. Jangan suami dah siap pakai baju, awak tu baru nak nak gosok baju and baru nak gi mandi.
12. Menyebelahi anak , apabila suami menegur anak2. Contohnya “Kamu ni kamil, Abah tak suka la kamu dok keluar malam” Si bini lak “Biar la bang, dia anak lelaki. Dia boleh jaga diri”.
13. Menganggu suami yang sedang tengok tv “Abang, Undertaker tu. Sampai dia mati la, dia takkan dapat kalah si Stone Cold tu. Dah2 cepat tolong saya basuh tandas ni”.
14. Asik cite pasal diri sendiri je, tak bagi peluang kat suami nak cite pasal dia lak.
15. Membebel tentang hal2 yang kecik. Pastu dok ungkit benda tu sampai la ke mati.
16. Memfitnah / menuduh suami tanpa usul perikasa. Contohnya, “Abang you ada affair kan, saya tahu, saya mimpi malam tadi awak dok kis2 ngan girl lain".
17. Menceritakan hal2 bilik tidur ngan orang lain. “Sue, you tahu tak. Suami I tu, kalau beraksi atas katil. Tak cukup tangan I nak handle dia.".
18. Sengaja atau dengan tidak sengaja tak memasak masakan kesukaan lelaki.
Tips jaga lelaki : “Jaga diantara dua lututnya, dan perutnya”.
19. Meminjamkan harta benda suami tanpa keizinan suami “Abang , lupa nak bgahu you la. Keta awak tu, saya bagi kawan saya punya boyfriend pakai. kesihan dia takder kete”.
20. Dengan sengaja lewat2 masuk tidur. Suami dah standby dalam bilik tidur. Dia dok layan Facebook kat.
21. Tidak menjaga emak suami sebaik mungkin. Kena ingat kawan2, syurga suami kita ni, di bawah tapak kaki Ibu dia.