:: Exchange Link ::

Sunday, August 15, 2010

Chelsea 6 Goal Against West Bromwich


Chelsea v West Brom

Era kegemilangan skuad The Blues kini berulang musim ini. Perlawanan pertama yang cukup bergaya dengan membenam kelab baru dari Division 2, West Bromwich Albion. Kemenangan pertama ini membuka ruang kepada Chelsea untuk menduduki tempat pertama dalam Liga Perdana England. Dengan kelebihan 2 gol dari Blackpool yang juga menang besar ke atas Wigan Athletic, 4-0. Gol pertama yang dijaringkan skuad The Blues ini oleh Florent Malouda pada minit ke-6. Sebelum berakhir babak yang pertama, Didier Drogba menyumbat masuk gol yang kedua buat Chelsea pada minit ke-45. Pada babak yang kedua, Drogba sekali lagi menyumbat gol peribadinya yang ke-2 pada musim ini dan menjadikan Chelsea mendahului 3 gol berbalas satu. Tak cukup dengan 3 gol, Frank Lampard menyumbat gol yang ke-4 hasil hantaran dari Ashley Cole. Drogba melengkapkan hatrik yang pertamanya musim ini pada minit yang ke-68. Sebelum tamat perlawanan Malouda menyumbat masuk gol keduanya dan menjadi skuad The Blues meraih 3 mata penuh dengan 6 gol.

4 comments:

Cik Jari said...

wah...mmg bergaya la the blues...harap menang lagi season nih......

are roLL said...

bole kot..1st game da bantai kaw2 nye... :D

ejum said...

hehe..good job chelsea..masih ada 37 game lagi..harap2 boleh bagi saingan sengit kek MU..hehe

Aefa Aerisya said...

cantek la.. harap musim ni chelsea menang lagi :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails