:: Exchange Link ::

Thursday, August 12, 2010

Fadhilat Solat Sunat Terawih



Malam Pertama
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana bayi yang baru dilahirkan

Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua-dua ibu bapanya

Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, dan mendoakan agar Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka

Malam Keempat
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran

Malam Kelima
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang menunaikan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid al-Aqsa

Malam Keenam
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya

Malam Ketujuh
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta membantunya menentang Fir’aun dan Hamman

Malam Kelapan
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s

Malam Kesembilan
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w

Malam Kesepuluh
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat

Malam Kesebelas
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan

Malam Kedua Belas
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya

Malam Ketiga Belas
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan

Malam Keempat Belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikannya, serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya

Malam Kelima Belas
Para malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan bersolawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya

Malam Keenam Belas
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga

Malam Ketujuh Belas
Allah S.W.T menulis baginya pahala sebanyak pahala para nabi-nabi

Malam Kelapan Belas
Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah! Sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atasmu dan ke atas kedua-dua ibu bapamu.”

Malam Kesembilan Belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus

Malam Kedua Puluh
Allah S.W.T mengurniakan ke atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh

Malam Kedua Puluh Satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya

Malam Kedua Puluh Dua
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut

Malam Kedua Puluh Tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya

Malam Kedua Puluh Empat
Dikurniakan ke atasnya pahala dua puluh tahun beribadat

Malam Kedua Puluh Lima
Dilepaskan dari seksaan kubur

Malam Kedua Puluh Enam
Dikurniakan ke atasnya pahala empat puluh tahun beribadat

Malam Kedua Puluh Tujuh
Dikurniakan ke atasnya kemudahan melintasi titian sirat seperti kilat

Malam Kedua Puluh Lapan
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat

Malam Kedua Puluh Sembilan
Dikurniakan ke atasnya pahala seribu haji yang mabrur

Malam Ketiga Puluh
Allah S.W.T memberikan penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”

1 comment:

Natteya said...

dh tahu fadhilat yer..lebih afdal la kite pergi menunaikannya...;)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails