:: Exchange Link ::

Tuesday, August 17, 2010

Pesawat patah tiga di sambar petir




BOGOTA - Sebuah jet penumpang terhempas semasa mendarat dalam cuaca ribut di Pulau San Andres, Colombia, kelmarin menyebabkan seorang penumpang terbunuh manakala 114 lagi cedera, kata pihak berkuasa tempatan.
Pesawat jenis Boeing 737-700 milik syarikat penerbangan tempatan, Aires itu membawa 121 penumpang dan enam krew.
Semasa kejadian, pesawat itu terhempas di landasan semasa petir dan angin kencang.
"Pesawat itu tiba dari Bogota dan mendarat semasa ribut petir," kata seorang pegawai tentera udara Colombia, Kolonel Gustavo Barrero.
Semua mangsa cedera telah dihantar ke beberapa buah hospital tempatan untuk rawatan.
"Juruterbang pesawat tersebut memberitahu kami pesawat tersebut disambar petir. Kami sedang memeriksa bangkai pesawat untuk mengenal pasti tahap kerosakannya dan punca nahas itu berlaku," kata timbalan pengarah sebuah agensi pihak berkuasa penerbangan Colombia, Donald Tascon.
Pihak berkuasa pula memberitahu, pesawat tersebut patah tiga ketika ia cuba mendarat di Lapangan Terbang Gustavo Rojas Pinilla, Pulau San Andreas.
Related Posts with Thumbnails